Karenah adik... adoi.... sakit kepala cheq hehehe
Minggu lepas aku dengan adik-adik aku pi beli blah kat bazaar... Punyalah lama nak pilih baju... hmmm nak buat macammana... dah nama adik perempuan... tapi yelah... sapa tak sayang adik kan... ikut je lah kat mana diorang redah...
Bila time nak raya gini... memang seronok... apatah lagi selepas tamat sebulan berpuasa maka hari gembira pun menjelma.... beli belah raya seronok tapi takle sampai tak ingat dunia... dalam sibuk-sibuk orang ramai membeli belah tu... adakalanya aku teringat tentang mereka yang duduk kat rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua tu... bagaimana agaknya mereka... beraya dengan ketabahan yang tiada bandingan tanpa mereka yang tersayang.... kita ni bertuah kerana masih ada abang, kakak, adik, ibubapa.... tapi tak semua yang menghargainya... hmmm malas la aku nak celoteh pasal hal tu... agaknya dah banyak kali kot aku dok citer benda yang sama dan tegur... dah takde yang nak dengar nak buat macam mana iye tak? so pandai kayuh pandai le berenang sendiri kalau jatuh.. Selamat hari raya!
Rasanya tak sabar nak balik raya ni.... Dan tak sabar rasanya nak beraya dengan Umi dan Abah... sapa kata raya tak seronok bila dengan parent kita? Anak derhaka merangkap bangang la tu... Tak sabar rasa ni weh! 30hb Sept aku balik raya yeeeeeeeha! Ewah ewah! Lebih pulak aku heheheh....
Tapi yang aku tahu, raya sekarang ni dah tak macam dulu lagi... bebudak sekarang tak reti nak pi ziarah, kalau ada pun yang ziarah nak pi kutip bunga (Duit Raya) yelah, kalau perangai bebudak sekarang dah macam ceti@along.... Takde lagi bunyi riang kanak kanak bermain bunga api atau mercun... sebabnya perangai bodoh dan bangang sesetengah budak yang nak cari publisiti murahan dan menunjuk hero bodoh dengan main mercun buatan sendiri... dulu dulu masa aku kecik kecik main mercun tak pernah cedera... mercun dulu dulu lagi ganas.... tak cukup tu.. meriam buluh dan ada gak aku main sampai upgrade jadi meriam paip (DIAMETER 13 INCI) tak putuih pun... bukan mintak ler... tapi masa tu... kitorang main cukup safety... meriam siap tanam dalam tanah cuma tinggalkan muncungnya saja yang tersembul keluar...
Zaman aku kecik kecik dulu, raya cukup meriah.... bukan pasal dapat banyak duit raya... pasal dapat kumpul kad raya, kira rekod berapa rumah dah pi beraya, ronda satu hari naik basikal dengan kengkawan... macam macam lagi lah... sekarang ni lain... bebudak kalau takde betina kat belakang tumpang motor, toksah nak pi beraya... sebab nya satu jer.... NAK GLAMOUR dan tunjuk macho... PIIIIRAH!
Hmm... Aidilfitri dah makin tiba..... seminggu bercuti dengan keluarga tak cukup rasanya... tapi apa leh buat... kita ni orang merantau.... Malam tadi aku call Umi bagitau aku balik... Riang sakan... hati ibu mana yang tak gembira mendengar anaknya pulang, Hati ayah mana yang tak girang mendengar anak nya balik dan bergurau dengannya di pagi raya.... Tapi apapun... aku sungguh happy sebab nak bailk raya heheheh... korang pulak macam mana? tak balik ke?
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI!
MAAF ZAHIR DAN BATIN!
1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji.
KUMPULAN BAJI
2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan sebab guna noktah kat depan ayat.
TITEK PUSPA
3) Penyanyi yang paling demand.
HETTY COST ENDANG
4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing.
KUMPULAN SPIN
5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah.
ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)
6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya.
O.A.G (Orang Asli Gombak)
7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran.
SCOIN (pakai syiling jer)
8) Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa.
AL-JAWAHER
9) Kumpulan Rock yang Paling wangi.
MAY (Bau Sabun)
10) Kumpulan Rock Paling Bahaya.
AMUK
11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional.
MANTERRA
12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi.
GIEGIEL
13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain.
HEADWIND
14) Kumpulan yang mudah berpecah.
KRISTAL
15) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri.
LEFTHANDED
16) Kumpulan yang ada power.
KEMBARA (sebab ader DVVT)
17) Kumpulan yang terdiri dari pesawah.
PADI
16) Kumpulan yang paling popular di pagi raya.
TOO PHAT
19) Penyanyi kesukaan David Beckam.
SITI SARAH
20) Penyanyi yang sentiasa tua.
TO’KI
21) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh.
PRETTY UGLY
22) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe.
METALASIA
23) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang.
4U2C
24) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp.
MELLY GOESLOW
25) Kumpulan yang sentiasa menyambut “HARI GURU”.
TEACHERS PET
26) Kumpulan yang susah nak sakit.
MEDICINE
27) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur.
DR. KRONIK
28) Kumpulan yang buat show kat everest.
IKLIM
29) Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh.
BLACK DOG BONE
30) Penyanyi yang paling bengap walaupun dah kaya.
PAK PANDER
31) Kumpulan yang paling di hormati.
KUMPULAN DEWA
32) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley.
NEW BOYZ
33) Kumpulan yang menggunakan paling popular di jalanraya.
KUMPULAN NASYID HIJJAZ (Honda Jazz tuh)
34) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9.
SWEET SEPTEMBER
35) Kumpulan berani mati.
KAMIKAZE
36) Kumpulan yang selalu gi konvoi.
XPDC
Peristiwa Pedoman: 16-30 Ogos 1945 dan 13 Mei 1969
Pengajaran dari dua peristiwa iaitu Pemerintahan Tanah Melayu selama empat belas hari oleh Pasukan Tentera MPAJA/Parti Kominis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga dan Peristiwa 13 Mei 1969.
Ramai dikalangan generasi muda bangsa kita yang kurang mengetahui kedua-dua peristiwa tersebut dan implikasi mereka dalam perkembangan sejarah negara amnya dan sejarah orang Melayu khasnya.
Peristiwa yang pertama ialah apabila Tentera Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), satu pertubohan Parti Kominis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga yang memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945 iaitu jangkamasa dari Tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16hb Ogos 1945 sehinggalah Tentera British sampai kembali ke Tanah Melayu menubuhkan Kerajaan Tentera British empat belas hari kemudiannya.
Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli pasukan polis yang ditubohkan oleh Jepun untuk menjaga keamanan di Bandar-bandar. Tentera Jepun memang anti kaum China .
Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun dimana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun.
Sikap permusuhan ini jugalah yang menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran anti Jepun di China baru-baru ini. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu.
Jadi, bila Tentera Jepun mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung-kampung mencari bekas polis tersebut yang kebanyakannya orang Melayu. Di kampung di mana saya dilahirkan yaitu Kampong Sungei Manggis, Kalumpang terdapat cerita-cerita yang sampai kepada kami bagaimana anggota Bintang Tiga ini mencari dan membunuh mangsa-mangsa mereka.
Mereka akan dibawa ketepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam kedalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Sampai sanak saudara tidak tahu dimana mereka ditanam.
Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di Selangor dan di negeri-negeri lain seluruh Tanah Melayu. Kita tidak tahu berapa banyak yang terbunuh dan cara-cara mereka dibunuh. Pakar-pakar sejarah perlu mengkaji peristiwa tersebut lebih terperinci kerana ia banyak mempengaruhi sejarah nasionalisme orang Melayu kemudiannya. Oleh kerana yang membunuh ialah anggota Bintang Tiga yang kebanyakannya orang China dan mangsa mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yang bertindak balas terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak.
Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu. Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan Union yang menghapuskan sistem Raja-raja Melayu, penghapusan hak istimewa orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua kaum, ianya telah mendapat tentangan yang hebat dari semua lapisan orang Melayu.
Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yang menjadi tunjang Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini.
Peristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah akibat dari perayaan dan sambutan kemenangan yang mengila dan berlebihan yang dilakukan oleh penyokong parti-parti pembangkang (Cina), apabila mereka menang banyak kerusi dalam dalam Pilihanraya Umum 1969, terutama di Selangor di mana Perikatan dan pembangkang menang sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri.
Penyokong-penyokong parti pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan Socialists Front telah berkeliaran di Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan motosikal sambil berteriak dan menjerit-jerit “Melayu bodoh!”, “Melayu balik kampung!”, “Melayu sudah hilang kuasa!”,
(kalau pembaca perasan, gambar sebelah atas tu, ada satu benda petak berkayu yang dipegang oleh mereka. Itu merupakan simbol penyapu dan dilaungkan bersama kata2 yang telah saya highlightkan dengan warna hijau)dan sebagainya.Mungkin dalam penyokong-penyokong pembangkang itu ada anasir subversif dan kongsi gelap yang cuba memprokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir.Tindakan provokatif pembangkang itu tidak di biarkan begitu saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang.
Maka, berlakulah tindakbalas dan akhirnya menumpahkan darah dikalangan mereka yang tidak berdosa. Contohnya, orang yang membeli belah dan mereka yang menonton wayang di pawagam-pawagam di kawasan Chow Kit.
Kedua-dua peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu. Peristiwa berdarah semasa Tanah Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu. Ini kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentang Malayan Union. British yang cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka.
Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri. Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkan dengan lebih tegas sebelum itu.Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa perintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak.
Kemudiannya timbul konsep penubohan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra atau “Bumiputra Commercial and Industial Community” (BCIC). Dengan DEB banyaklah anak-anak Melayu yang di hantar keluar negeri melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan Orang Melayu dalam berbagai bidang professional seperti peguam, doctor, arkitek dan sebagainya.Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu. Sebelum itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain.
Pokoknya kedua-dua peristiwa tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu dan ini haruslah disedari oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bangsa.
(Diambil dari Blog bro Rickywan.blogspot.com)
KUALA LUMPUR: Tokoh kewartawanan dan pejuang kemerdekaan, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pada jam 5.58 petang ini kerana jangkitan paru-paru.
Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.
Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria.
Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.
Jenazah Abdul Samad akan dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya di sini dan akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat esok, menurut menantunya Azmi Anshar di sini hari ini.
Nuraina dalam blognya "Nuraina A Samad's 3540 Jalan Sudin" hari ini berkata, dialisis kedua bapanya pada jam 5.30 petang ini gagal, malah tekanan darahnya semakin menurun.
Pak Samad telah menjalani dialisis sejak semalam apabila keadaan buah pinggangnya semakin lemah. Bagaimanapun keadaan jantungnya baik.
Abdul Samad yang memulakan kariernya sebagai pemberita Utusan Melayu pada tahun 1940, begitu sinonim dengan sejarah persuratkhabaran negara serta sejarah Malaysia itu sendiri.
Pemergiannya hari ini bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke 51 yang baru sahaja berlalu begitu menyentuh kerana Abdul Samad adalah antara anggota rombongan delegasi negara ke London pada 1956 untuk rundingan kemerdekaan.
Mala, pembabitannya dalam sejarah negara tidak dapat diperkecilkan walaupun peranannya banyak di belakang tadbir, begitu juga dengan kemerdekaan Indonesia serta dalam merapatkan semula hubungan antara Malaysia dan Indonesia semasa konfrantasi.
Abdul Samad yang banyak terbabit dengan aktiviti anti penjajah pada zaman penjajahan British dan Jepun, pernah keluar masuk penjara kerana fahaman politiknya itu. - Bernama
(Courtesy of Rickywan blog)
Ramai gak member tanya... mana ko pergi Ezan... lama tak nampak... Yelah... kalau dah hampir setahun blog ni tak update langsung... mana tak member tanya ye tak? Aku bukan menghilang dan aku tak hilang dan gambar aku tak keluar kat majalah pasal hilang... aku cuma selalu outstation ke luar negara untuk misi bantuan kemanusian Bulan Sabit Merah memandangkan aku ni salah seorang ahli persatuan dan juga ahli terlatih untuk unit tindakan khas bencana untuk rantau Asia Tenggara yang berpusat di Bangkok...
Hmmm..... Kejap ada kejap takde macam biskut chipsmore la plak yek.... so sekarang aku mungkin ada masa kit untuk updating blog... kang tak update member bising lagi plak... Aku sekarang di Kuala Lumpur..... kerja kat sana... mungkin lepas ni ada banyak cerita yang mungkin aku akan tulis lam blog ni...
Sementara itu... minta maaf la kat semua sebab hilang tanpa berita... ok? jangan marah... Bulan Ramadhan ni...heheheh
Bagi semua member-member beragama Islam Selamat Menunaikan ibadah Puasa dan semoga Puasa anda semua mendabat berkat dan keredhaan... dan kepada member-member yang bukan Islam plak... semoga korang semua sentiasa happy memanjang heheheheh...
Cheers and Adious!