MEMBERSHIP


Page protected by Revan Sith Protocol

Hadiah buatmu Miri

10:19 PM / Posted by WolfPack aka BlackPenguin / comments (0)




Miri,
Kau bangkit setelah lama beradu, beradu dalam kegelapan belantara asalmu,
Tersedar bila darah hitammu mengalir, kau bangkit berdiri megah,
Menjangkau batas antara hulu dan hilir, batas belantara mu yang semakin punah,
Kau menyaksikan sakit derita penghunimu, dari kegelapan perang hingga ke usia modenmu,
Kini tiada lagi kau terpinggir, dengan airmatamu yang mengalir,
Tiada lagi nama pekan belantara, tiada lagi pondok ratusan usia,
Namamu semakin menjulang menggapai awan, memecah segala khayalan,
Menyaksikan arus deras kehidupan pesat dan padat


Miri,
Teringat tika alam mentahku, kau mengajarku akan erti sebuah perjuangan, sebuah kehidupan,
Dirimu ibarat pejuang, dengan semangat untuk matang, dengan semangat untuk ke hadapan,
Walau dirimu mulanya tak berharga, dinilai dengan kawanan serangga, ditemani ikan di muara,
Tapi kini kau tersenyum, bila anak-anakmu mula menjagamu,
Membanggakanmu dengan titis kudrat dan muafakat,
Melayari dekad yang telah lama bergelap, menuju puncak, indah gemerlap


Miri,
Anakmu ini masih teringat, akan pesanmu suatu tika dahulu,
Biarpun kau jauh terpisah lautan, janganlah lupa akan daratan,
Dimana darahmu mengalir, dimana asalmu terakhir,
Jika kau lupa, suatu masa memori indah bertukar duka, duka kerana hilang asal dan nama,
Dan tika itu tiada harga sebutir sesalan, bila memori karam tersungkur dalam ingatan

Miri,
Darahmu yang mengalir telah membesarkanku, dari merah tapak kakiku
Dengan sayang dan rindu, beronak payah, berduri susah,
Namun dirimu tetap setia, berkorban diri untuk kebahagiaan anaknya,
Dengan harapan agar anakmu kembali, menunai janji, janji padamu Miri,
Dan kini, ku kembali, berbakti padamu pertiwi, kerana ku tahu,
Tanpa tanahmu, tanpa pengorbananmu, tiadalah ku kini,
Akan ku kibar namamu menjulang, biar terlerai batasan tulang temulang,
Akan ku harum namamu terbilang, seperti abang serta saudaramu terdahulu,
Yang kini berada dihadapan, menuju puncak kemodenan yang satu

Miri,
Terima kasih ku padamu, bangga menjadi anak asalmu, gembira dalam dakapanmu
Walau ku rindu masa dahulu, tika kau memeluk ingatanku, bersama nyanyian perjalananmu,
Ku harap, kami anakmu, bersatu menerus perjuanganmu, untuk berbudi,
Sepertimana dirimu Miri,
Ku doakanmu Miri, sejahtera selamanya, bersama memori indah, yang kini dan lama,
Pengakhiran nukilanku untukmu, khas buatmu,
Biar bertalu badai menghempas, biar tersekat arus di nafas,
Engkaulah guru, engkaulah pertiwi di hatiku......

Apa kes artis baru ni...

8:38 PM / Posted by WolfPack aka BlackPenguin / comments (0)

Kes saman RM1j syarikat Mawi disebut 10 Mei

KUALA LUMPUR 12 April – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 10 Mei ini sebutan semula kes saman RM1 juta oleh sebuah syarikat pengeluar minuman air mineral, Yassa Sdn. Bhd. (Yassa) terhadap syarikat milik penyanyi Mawi, Mawi World Sdn. Bhd. (MWSB) kerana didakwa melanggar hak harta syarikat tersebut.

Penolong Kanan Pendaftar, Rahni Kartini Abd. Rahim menetapkan tarikh itu di kamar beliau hari ini selepas membenarkan permohonan syarikat Yassa selaku plaintif menggugurkan perkataan intelektual dalam saman tersebut.

Pada tarikh tersebut, Rahni Kartini juga akan menetapkan tarikh pendengaran permohonan MWSB yang dinamakan sebagai defendan untuk membatalkan saman berkenaan.

Pada 31 Oktober tahun lalu, MWSB disaman kerana didakwa melanggar hak harta syarikat Yassa apabila memasarkan air mineral jenama ‘Mawi World’ dengan menggunakan lesen syarikat tersebut tanpa kebenaran.

Botol air minuman itu yang memaparkan gambar bintang kelahiran program realiti TV, Akademi Fantasia 3 (AF3) itu juga didakwa mengandungi maklumat mengenai sumber punca air dan kandungan air mineral yang sama seperti yang terdapat pada botol air mineral ‘Streamline’ keluaran syarikat Yassa.

Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 26, merupakan pengarah syarikat MWSB.

Akibat tindakan defendan, plaintif mendakwa mengalami kerugian apabila kehilangan hasil pendapatan dan gangguan serta tekanan mental ekoran kesan kepada pembeli dan mungkin menyebabkan lesennya ditarik balik oleh Kementerian Kesihatan.

Secara alternatifnya, plaintif mendakwa lesen dan status perniagaannya akan terjejas ekoran tindakan defendan yang tidak menggunakan air sebenar daripada plaintif dan diluluskan oleh kementerian serta menyebabkan pihaknya bertanggungjawab terhadap sebarang keracunan dan kesan kesihatan kepada pengguna.


Komen Wolfpack- Nak cari duit biar dengan cara yang betul bukan ciplak dan copycat orang lain.... dah takde lubang nak gali lagi ke sampai nak kacau lubang orang lain?

Paracrypt official site now on paracrypt.blogspot.com

7:03 PM / Posted by WolfPack aka BlackPenguin / comments (0)

To all Paracrypt RSG member, now u can publish ur photo and articles in the official blog. I've been receiving many mails from readers and members on creating page or some kind of official blog or the material instead of using friendster photo album. I'm really appreciate to all the ideas and we at the ParaCrypt admin will always do our best to keep on updating the blog for viewer and readers.

Thanks

Al Fatihah Buat Pak Teh

8:14 PM / Posted by WolfPack aka BlackPenguin / comments (0)

Al Fatihah buat Pak Teh yang telah kembali ke Rahmatullah pada 11 March 2007. Walau tak berapa mengenali dirinya, tetapi setelah visiting blog dan membaca artikel yang ditulis, really wanna know this person more better. Tpi jodoh tak berpanjangan dan belia telah kembali ke hadrat Ilahi. Al Fatihah sekali lagi dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin

Kajian atau untuk populariti?

2:27 PM / Posted by WolfPack aka BlackPenguin / comments (0)

Tentu korang selalu terbaca tentang kumpulan paranormal yang mendakwa buat kajian tentang fenomena ini kan? Tapi betul ke atau hanya nak glamour? Cuba kita tengok kat akhbar atau buku-buku yang dijual kat pasaran.... mesti ada mengiklankan atau menulis pasal kumpulan 'paranormal atau para tak normal' ni. Siap mendakwa boleh mengubati pelbagai penyakit misteri dan ada juga yang publish imej rakaman 'hantu' tak tahulah samada tulen atau tak tapi tak semuanya benar. Hampeh yang banyak. Bukan nak mengata, tapi kebanyakannya begitu. Kalau dikaji dari pelbagai aspek dan sudut, adakalanyaya imej tu hanya kebetulan dan ada juga yang double exposure. Biasalah, sekarang ni software untuk buat imej gitu melambak kat market. Tapi apa untungya? Semestinya populariti kumpulan atau individu terlibat.

Paranormal study and research ni untuk kita belajar dan memahami sesuatu atau kejadian yang tak dapat dijelaskan dengan akal dan paperwork saja, tapi berdasarkan ilmu sains dan logik serta evids yang kukuh. Aku tak ler expert sangat dalam bidang ni, tapi banyak menimba ilmu dan pengalaman dari yang pakar dalam bab kajian ni. Apa yang nak aku katakan ialah, 60 % dari apa yang korang baca dan tengok kat artikel, majalah dan sebagainya, kebanyakannya mereka cedok dari cerita rekaan dan ada gak yang buat kesimpulan dari penemuan tanpa membuat kajian yang lebih mendalam. Ada jugak individu 'para tak normal' kat luar tu siap reka cerita dan hantar kat publisher dengan bunga-bunga cerita palsu yang direka khas untuk kesedapan pembaca. Bukankah itu merosakkan minda pembaca yang benar-benar ingin mengetahui tentang perkara sebenar? Contohnya gambar kat bawah ni yang didakwa imej jin atau makhluk halus yang didakwa diambil dalam gua dan tidak lama selepas itu si jurufoto dan rakannya yang lain ditimpa malang... karut semua ni.... Cerita dan gambar ni telah disiarkan dalam sebuah buku mengenai alam misteri oleh syarikat penerbitan tempatan


Nak nengok imej asal? Ni hah yang dihantar oleh salah sorang member kitorang dari luar negara yang minat gak dengan bebenda gini yang kebetulan menghadiri satu pameran hasil kerja J. R. R. Tolkien di Holland.

The actual statue on the cave's wall. Image of the statue later created many chain haoxes and stories over the internet, books and mags which claims to be real. Im sending this actual photo of the 'genie' for you guys to bust up the hoax. Cheers!

Submitted by AnG


Terkejut? Kitorang tak terkejut pun. Cerita tentang gambar ni melambak kat internet. Siap dengan pelbagai versi lagi.

Kepada 'parataknormal' kat luar tu... kalau nak cari glamour pun cari lah idea yang lain. Jangan jadikan bidang kajian sebegini untuk glamour yang tak kemana. Orang buat kajian untuk ilmu, bukan untuk nama. Kalau nak nak sangat nama tu senang jer. Pi kat sticker shop hah print seberapa banyak yang suka dan tampal kat depan rumah korang sendiri.

Perkara beginilah yang menyebabkan kumpulan atau individu yang benar-benar mengkaji menjadi bahan gurauan oleh masyarakat. Kenapa? sebab imej bidang yang dikaji dah dicalit dengan najis mereka yang tak bertanggungjawab. So kepada mereka yang terasa tu, sedarlah sikit. Kalau korang tak nak tahu, janganlah rosakkan orang lain.

Petikan artikel tentang salah satu penipuan untuk glamour-


MINGGUAN MISTERI BIL 133 - 15 DISEMBER 2005 KUALA LUMPUR:

MUNGKIN RAMAI YANG TERTANYA-TANYA TENTANG ENTITI-ENTITI YANG BERJAYA DIRAKAM OLEH KUMPULAN ENTITI BUKTI YANG DIANGGOTAI OLEH LANDO,ASWAD,CHE IN,AF DAN YASIR SAMA ADA BENAR ATAU PUN PALSU. BIARPUN VCD ENTITI BUKTI DAN SEBUAH BUKU YANG BERJUDUL ENTITI BUKTI TELAH DITERBIITKAN LEBIH KURANG SETAHUN YANG LALU,PENIPUAN YANG TERDAPAT DIDALAM VCD TERSEBUT JUGA TELAH TERBUKU SELAMA TEMPOH TERSEBUT JUGA DIMANA SENTIASA MENJADI TANDA TANYA PENONTON VCD TERSEBUT. BARU-BARU INI,BEBERAPA ANGGOTA KUMPULAN TERSEBUT TAMPIL MEMBUAT PENGAKUAN BAHAWA BEBERAPA BABAK DIDALAM VCD TERSEBUT ADALAH PALSU DAN REKAAN SEMATA-MATA. ANTARA ANGGOTA KUMPULAN TERSEBUT YANG BERANI MEMBUAT PENGAKUAN ADALAH CHE IN,AF, DAN YASSIR YANG KINI TIDAK LAGI AKTIF DENGAN KUMPULAN PENYIASATAN TERSEBUT. MENURUT YASSIR,MEREKA MEMBUAT PEMBONGKARAN INI ADALAH KERANA TIDAK MAHU LAGI BERGELUMANG DENGAN PENIPUAN YANG SELAMA INI MEREKA PENDAM HAMPIR SETAHUN. KATANYA,DIA MENGETAHUI BEBERAPA BABAK-BABAK DIDALAM VCD TERSEBUT ADALAH PALSU KERANA DIA SENDIRI ADALAH SAKSI MELIHAT PENIPUAN ITU BERLAKU DIHADAPAN MATANYA SENDIRI. CERITANYA,BABAK DIDALAM HOTEL,DIMANA TERDAPAT KESAN TOMPOKAN DARAH PADA SELIMUT HOTEL,BUKANLAH DARAH HANTU YANG DIMAKSUDKAN,SEBALIKNYA IA ADALAH DARAH AYAM YANG DIBELI SEBELUM KELOKASI. “DARAH TU KAMI BELI SIKIT SAJA.TAPI BILA SAMPAI DILOKASI,DARAH TU DAH BEKU DAN KAMI TERPAKSA CAMPURKAN DENGAN SEDIKIT AIR UNTUK MENCAIRKANNYA. “TIBANYA DILOKASI,KAMI SEMPAT MENGAMBIL BEBERAPA ‘SHOT’ UNTUK MEMASTIKAN WUJUDNYA ENTITI DIBILIK HOTEL BERKENAAN KERANA BILIK ITU DIPERCAYAI PERNAH MENGGANGGU RAKAN KAMI YANG MENGINAP DISITU. “SAYA DAN LANDO SAHAJA YANG KELOKASI PADA HARI ITU.TIBA-TIBA LANDO TERFIKIR UNTUK BUAT SENDIRI.DENGAN MENGIKAT TALI TANGSI ( TALI PANCING ) PADA SELIMUT DAN BANTAL,LANDO BERJAYA MENGHASILKAN PEGERAKAN SELIMUT DAN BANTAL SEPERTI MANA YANG DILIHAT DALAM VCD TU. “LEPAS TU DIA SURUH SAYA TIUP DARAH TU DENGAN MENGGUNAKAN GETAH TAPI SAYA TAK NAK SEBAB GELI.JADI LANDO BUAT SENDIRI. “SAYA ADA NASIHAT LANDO SUPAYA JANGAN BUAT MACAM NI,TAPI SEBAB LANDO NAK CEPAT SIAPKAN VCD TU,DIA KATA DARI KITA BUANG DUIT,SEWA HOTEL NI,BAIK KITA BUAT SENDIRI.DARI SITULAH BERLAKUNYA PENIPUAN.UJAR YASSIR”TAMBAHNYA LAGI,SELAIN DI HOTEL,ADA BEBERAPA LAGI KEJADIAN ANEH DIDALAM VCD TERSEBUT DIKATAKAN PALSU IAITU RANTAI YANG DITARIK DAN CAKARAN HANTU. “SAYA MEMBONGKAR PENIPUAN INI BUKAN KERANA WANG RINGGIT ATAU DISOGOK OLEH PIHAK LAIN ATAU BERGADUH DENGAN SESIAPA,TETAPI BAGI SAYA,CUKUPLAH SETAKAT INI.SAYA TIDAK MAHU LAGI MENANGGUNG DOSA DENGAN MENIPU MASYARAKAT MALAYSIA YANG HAMPIR SETAHUN LIMA BULAN KAMI MENYIMPAN RAHSIA INI,” KATA CHE IN. “DALAM VCD TU BUKAN SEMUANYA TIPU,HANYA BEBERAPA BABAK SAJA YANG DIKATAKAN TIPU.JADI KAMI SELAKU KUMPULAN ENTITI BUKTI MEMOHON MAAF PADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG TELAH MENONTON VCD DAN MEMBACA BUKU ENTITI BUKTI YANG TELAH KAMI TERBITKAN SETAHUN YANG LALU.”SEBENARNYA,KAMI JUGA TIDAK MENGETAHUI BAHAWA LANDO TELAH MENIPU KAMI.SEBAB KAMI BERGERAK BUKAN SECARA BERKUMPULAN.KADANG-KADANG,SAYA BERDUA SAHAJA DAN KADANG-KADANG BERTIGA.JADI PENIPUAN YANG BERLAKU KAMI TIDAK KETAHUI TERMASUK UNCLE SENDIRI ( KETUA KUMPULAN SEEKERS) “TERANG AF. ‘KALAU NAK DIIKUTKAN,UNCLE TIDAK BERSALAH,TAPI BILA FIKIR BALIK,RASA MACAM BERSALAH.KERANA VCD TERSEBUT,RAMAI YANG TAKUT NAK TIDUR DI HOTEL SEBAB TENGOKDARAH YANG MEREKA BUKTIKAN.SEBENARNYA UNCLE TIADA KAITAN DENGAN KUMPULAN TERSEBUT,CUMA DENGAN SEEKERS SAHAJA UNCLE TURUN PADANG.DALAM BUKU ENTITI BUKTI JUGA UNCLE HANYA PENTERJEMAH ALQURAN,TIDAK LEBIH DARI ITU.”DAN LANDO TELAH MAKLUMKAN DALAM BUKU TERBARUNYA ENTITI EKSKLUSIF BAHAWA SAYA HANYALAH SEBAGAI PEMASAR PASARAN DAN PENGURUSAN,” TERANG UNCLE.

PEDOMAN: ALLAH TIDAK MENYUKAI UCAPAN BURUK (YANG DIUCAPKAN) DENGAN TERUS TERANG KECUALI ORANG-ORANG YANG DIANIAYA.ALLAH ADALAH MAHA MENDENGARLAGI MAHA MENGETAHUI(SURAH ANNISA:148)

Komen aku- Aku dengan kajianku, korang dengan lawak bodoh korang.

Teknik penipuan yang selalu dilakukan oleh para paranormal dan bomoh

4:58 PM / Posted by WolfPack aka BlackPenguin / comments (0)

1) darah atau bendasing dalam telur

- bendasing seperti cecair berwarna atau sptnya dimasukkan dengan menggunakan syringe dengan cara mencucuk jarum ke dalam telur. Cara mengetahui, Perhatikan kuning telur. Selalunya kuning telur akan dalam keadaan bentuk asal iaitu bulat dan tidak pecah bila dipecah kedalam bekas. Saya pernah buat eksperimen dan ternyata benar. Dakwat merah berjaya mengelirukan pemerhati hingga menyebabkan mereka percaya dan apabila diberitahu keadaan sebenar barulah pemerhati faham akan teknik penipuan sebegini yang sering digunakan oleh pihak tak bermoral. nak tahu lagi... jika ada yang mendakwa mereka bomoh... cuba kaedah ini:-

- Bila dikehendaki membawa telur bertujuan untuk perubatan atau mengurut, tandakan telur tersebut dengan tanda yang jelas atau hanya diketahui oleh anda dan jagan sampai dia tahu... kalau tak si penipu akan memberikan pelbagai alasan tentang telur ayam yang anda bawa. Sewaktu telur dipecahkan samada oleh anda atau si bomoh, perhatikan tanda tersebut pd telur. Jika tiada bermakna telur tersebut telah ditukar dengan yang palsu iaitu yang telah diubahsuai bertujuan untuk penipuan.

2) Benda mistik dsb

-Boleh didapati dengan cara membeli di Indonesia. Di tanah seberang memang terdapat mebuat replika tumbuhan atau kayu dsbnya agar nampak seperti batu. Kalau ada yang mendakwa item ini adalah asli cuba kaedah dibawah seperti yang pernah dibuat oleh saya:

a) Halia menjadi batu- pecahkan sedikit dan letak pada lidah. Apa rasanya? Jika rasa seperti halia maka kemungkinan ianya benar tetapi ada juga mereka yang mencampurkan serbuk halia dalam membuat item batu semata-mata untuk menipu. Jika tiada rasa, maknanya batu palsu. Dan lagi, secara logiknya jika kita diberi sesuatu yang unik seperti ini, adakah kita akan menjualnya. Tentu ramai yang akan kata tak setuju kerana hanya 1 dalam 1000 tuah kalau nak dapat benda serupa lagi. Tapi kalau yang kata ya itu kes mata duitan tak tahu bersyukur heheheh jangan marah. Ujian ini juga boleh dibuat keatas tumbuhan atau buahan yang didakwa menjadi batu. Kalau nak tau lebih lanjut email saya dan saya akan terangkan dengan lebih lanjut cara penipuan yang sering berlaku sekarang ini.

b) Batu geliga- Macam-macam nama spt geliga lipan, kelapa,embun dsb. senang cari... cuba cari batu kecil yang licin atau cantik bentuknya dan katakan ianya batu geliga. Gerenti orang percaya lebih lebih lagi kalau dibungkus dengan kain berwarna. Atau kalau boleh pergi ke sungai sungai kat taman negara... kutip batu sebesar biji epal yang unik bentuknya atau warnanya dan bungkus. Tengokla hasilnya dengan menokok tambah atau mereka cerita asal batu tersebut. Ini teknik yang paling popular oleh bomoh penipu atau paranormal penipu. Berputar bila diikat? kaedah ini dilakukan dengan pergerakan perlahan tangan. Kalau nak pastikan jugak, suruh si bomoh atau paranormal tersebut gantungkan dengan bebas pada paku dsb. kalau ia berputar sendiri ok lah tu,kalau tak heheheh sendiri faham ler...

Banyak lagi kalau nak diterangkan bab bagaimana kita boelh tertipu dengan teknik dan taktik sebegini. Saya hanya nak kongsi pengalaman dengan korang semua agar korang tak tertipu.. habih duit gigit jari bila barang hampeh tak jadi... Kitorang ni buat kajian tentang paranormal dan supernatural gak, tapi berlandaskan sains, akal dan fikiran yang logik serta dikuatkan dengan bukti dan penjelasan yang kukuh dan dipandu oleh Al Quran serta hadis dan hukum.
Buat kajian ni kena banyak perbincangan, mentelaah, pemerhatian dari pelbagai sudut serta aspek dan bukan main angguk dan 'ya' saja. Itulah sebabnya, kitorang buat kajian ni bukan hanya pada fenomena hantu dsb tapi sampai ke pengamal perubatan tradisional. Dengan harapan, setiap yang berlaku ada penjelasan logiknya.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang bab kaedah penipuan bomoh serta paranormal ni boleh hubungi kitorang. InsyaAllah kitorang akan jelaskan.

( Jangan cemarkan nama kajian untuk pengetahuan demi nama dan duit)