MEMBERSHIP


Page protected by Revan Sith Protocol

Apa kes artis baru ni...

8:38 PM / Posted by WolfPack aka BlackPenguin / comments (0)

Kes saman RM1j syarikat Mawi disebut 10 Mei

KUALA LUMPUR 12 April – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 10 Mei ini sebutan semula kes saman RM1 juta oleh sebuah syarikat pengeluar minuman air mineral, Yassa Sdn. Bhd. (Yassa) terhadap syarikat milik penyanyi Mawi, Mawi World Sdn. Bhd. (MWSB) kerana didakwa melanggar hak harta syarikat tersebut.

Penolong Kanan Pendaftar, Rahni Kartini Abd. Rahim menetapkan tarikh itu di kamar beliau hari ini selepas membenarkan permohonan syarikat Yassa selaku plaintif menggugurkan perkataan intelektual dalam saman tersebut.

Pada tarikh tersebut, Rahni Kartini juga akan menetapkan tarikh pendengaran permohonan MWSB yang dinamakan sebagai defendan untuk membatalkan saman berkenaan.

Pada 31 Oktober tahun lalu, MWSB disaman kerana didakwa melanggar hak harta syarikat Yassa apabila memasarkan air mineral jenama ‘Mawi World’ dengan menggunakan lesen syarikat tersebut tanpa kebenaran.

Botol air minuman itu yang memaparkan gambar bintang kelahiran program realiti TV, Akademi Fantasia 3 (AF3) itu juga didakwa mengandungi maklumat mengenai sumber punca air dan kandungan air mineral yang sama seperti yang terdapat pada botol air mineral ‘Streamline’ keluaran syarikat Yassa.

Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 26, merupakan pengarah syarikat MWSB.

Akibat tindakan defendan, plaintif mendakwa mengalami kerugian apabila kehilangan hasil pendapatan dan gangguan serta tekanan mental ekoran kesan kepada pembeli dan mungkin menyebabkan lesennya ditarik balik oleh Kementerian Kesihatan.

Secara alternatifnya, plaintif mendakwa lesen dan status perniagaannya akan terjejas ekoran tindakan defendan yang tidak menggunakan air sebenar daripada plaintif dan diluluskan oleh kementerian serta menyebabkan pihaknya bertanggungjawab terhadap sebarang keracunan dan kesan kesihatan kepada pengguna.


Komen Wolfpack- Nak cari duit biar dengan cara yang betul bukan ciplak dan copycat orang lain.... dah takde lubang nak gali lagi ke sampai nak kacau lubang orang lain?