MEMBERSHIP


Page protected by Revan Sith Protocol

Kubur misteri terjawab

9:24 PM / Posted by WolfPack aka BlackPenguin / comments (0)


PELIK... Seorang bomoh, Mohamed Ariffin Ibrahim (tiga dari kanan) memperkatakan sesuatu mengenai keratan batang pisang yang ditusuk dengan paku selepas dikeluarkan dari kubur misteri di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tengah, Kampung Banggol, Pasir Mas, Kelantan, semalam.


PASIR MAS 29 Jun – Kubur misteri yang mencetuskan kontroversi di kalangan penduduk setempat terjawab apabila ia dikorek oleh sepasukan anggota polis dan hanya menemui beberapa batang pisang yang ditusuk dengan paku.

Bagaimanapun kerja mengorek kubur kira-kira pukul 10 pagi itu menjadi agak kecoh apabila seorang bomoh berusia 59 tahun muncul dan memarahi anggota polis, penduduk kampung serta wakil media.

Setakat ini belum pasti apa tujuan batang pisang itu ditanam dalam kubur tersebut.

Bagaimanapun, ia dipercayai ada persamaan dengan amalan pemujaan Vodoo - iaitu menyucuk jarum pada anak patung bagi menyeksa orang yang dituju sihir itu.

Penyelia Pembangunan Mukim, Pengkalan Batu, Abdul Hamid Ali berkata, kerja-kerja mengorek kubur tersebut mendapat kebenaran Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

‘‘Kerja menggali diteruskan oleh sekumpulan anggota polis dan mengesahkan enam batang pisang berbungkus dalam plastik hitam di dalam kubur berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Kewujudan kubur misteri tersebut mencetuskan kegemparan di kalangan penduduk setempat kerana mereka tidak mengetahui apakah sebenarnya yang ditanam di perkuburan tersebut.

Ekoran daripada itu, laporan polis telah dibuat untuk mendapatkan kepastian malah seorang bomoh ditahan bagi membantu siasatan dan dia dilepaskan sejurus selepas itu.

Sebelum ini, Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Mohd. Shukri Mohamad memberitahu kubur batang pisang itu tidak perlu digali semula kerana ia tidak menjejaskan tanah perkuburan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supritendan Haliludin Rahim berharap penduduk berpuas hati kerana sudah mengetahui keadaan sebenar

Bunga Bakawali - keajaiban dunia...

9:50 PM / Posted by WolfPack aka BlackPenguin / comments (0)

Gambar Bunga Bakawali yang jarang dilihat, hanya kembang tepat 12:00malam selama 3 jam








Cantik bunga ni.... jarang nengok bunga unik macam ni selalu...


Foto Ihsan dari Bro Rickywan
http://rickywan.blogspot.com

Biar Apa Orang Nak Kata

11:00 PM / Posted by WolfPack aka BlackPenguin / comments (0)

Hm.... tak banyak nak cerita.... just thinking bout myself anyway.... yelah.... kekadang nak tergelak ada gak bila dok pikiaq pasai diri sendiri ni... Lantak ler... janji aku tak kacau periuk nasik depa dan always stay happy and cheerful....

Nak mulakan cerita pasai aku ni tak ler banyak sangat macam novel pasaran tu, yelah... takat citer pengalaman aku jadi 'Mat Despatch' ni.... aku tau ler kerja aku ni tak ler macam depa yang duduk kat kerusi empuk dan bilik berhawa dingin... tapi sepanjang aku berkecimpung dengan dunia 'despatch' ni macam macam kerenah manusia dok aku tengok. Yelah, kalau dah naik turun bermacam office depa tu... memacam ler aku nampak. Ada minah yang dok asyik jaga muka, kutuk mengutuk, bertenggek kat telefon tu macam mak bapak diorang yang bayar bil.... guna pc untuk tujuan peribadi, tak ketinggalan jugak mereka yang jenis spesis tak reti-reti nak maju kedepan pun ada gak ( golongan sondol bontot orang lain sebab kejayaan depa). Pernah gak aku kena sindir dan dipandang rendah macam ler aku ni takde harga diri. Depa ingat depa tu elok sangat ker? Alahai.... dari nengok perangai hampeh depa yang macam meriam buluh bersepai tu elok aku layan diri. Aku tau ler aku ni 'peronda jalanan' dengan motor antik yang sekarang ni orang dah tak pandang pun-Yamaha SS 2nd Issue.... tai tak bermakna aku ni tak pernah pi 'U'. Tak semua pernah tanya... sebab depa kebanyakanya buta hati dan buta hati. Memang aku tak tamat pengajian.... tapi pernah ker depa tanya pasai apa? malas ker? gagal ker? atau apa....

Aku tak tamat pasai aku quit semester terakhir... sebab utamanya dah tak mampu nak bayar belajar... bukan macam bebudak sekarang ni.... siap ada pinjaman lagi... zaman aku dulu... nak dapat biasiswa pun kena ada orang dalam... mak bapak aku ni bukan ler 'Datuk dan Datin'.... setakat pekerja biasa yang gaji tak ler beratuih ribu... Ayah kerja Polis Bantuan, ibu pulak suri rumah... aku quit sebab aku tak nak susahkan depa... dah ler depa tua.. mungkin ada yang kat luar tu anggap aku ni bodoh sebab tak teruskan study agar dapat bantu keluarga bila grade... terpulang ler... sebab aku tau apa yang aku buat.... So... lepas balik study, aku mula belajar mengenali apa itu kepayahan dan pengalaman... First, kerja part time kat dapur hotel ( bantu tukang masak), dapat ler dua tiga helai not merah sehari... tak cukup tapi lanyak jer... janji kerja tak mintak kat parent aku duit tiap hari. Then, kerja despatch kat alarm system. Gaji tak ler seberapa sangat... tapi dengan duit gaji aku dapat ler bayar bulanan ansuran 'kuda kepang' aku. Setahun selepas tu aku dapat tawaran kerja kat Beeper Service. Jadi backup system monitor.... gaji ok tapi jodoh tak panjang pasai bos aku jual syer kat syarikat dari sabah and kitorang yang kurang dari 5 tahun perkhidmatan diberhentikan.Tapi dengan berbekalkan azam untuk bantu parent aku dan baiki life aku jadi lebih baik, aku carik ler kerja lain. Dapat jadi coordinator kat PBSMM kat hometown aku. Tapi masalah mula cari aku. Honestly aku ni jenis straight forward. Aku tak kira sapa hang, kalau salah tetap salah. Kalau aku silap, korang tegur aku open mind terima... tapi mostly bila aku tegur depa tak peduli pun sebab dok 'mabuk pangkat dengan status pegawai'. Tapi aku tak hirau semua tu.... walau kena tembak bontot dengan peluru berpandu dari belakang... aku tetap kerja dengan prinsip dan niat nak bantu keluarga. Tapi dah lama menghidap 'bengkak' kat hati pasai depa pilih kasih... aku pun meledak macam Gunung Krakatoa. Resign dengan notis 24 jam sebab hampir 1 tahun setengah aku tak kena confirm pun tapi janji mengalahkan menteri. Dah ler tu, setiap idea membina yang aku utarakan kat depa, satu pun tak lekat sebab faedah dan dividen takde buat depa.Balik balik sekutu sekepala depa yang memang aku tahu kaki bodek dan jilat bontot yang dilayan permintaannya. Mujurlah kalau tak disebabkan ada beberapa 'officer' aku yang baik hati dan banyak menyokong aku bagi peransang agar terus berkhidmat dalam PBSMM sebagai sukarelawan. Geng-geng lain pun sama bagi sokongan sebab mungkin selama ni aku tak pernah hampakan depa bila dalam masalah. Pendek citer, aku kemudian kerja la kat satu syarikat yang buat deal dengan gergasi seperti Petronas dan Shell. Tapi yang malangnya aku kena lagi... bukan setakat tembak dari belakang, tapi ni dah depan mata. Aapalah nasib aku. Namun aku redha dengan ketentuan Ilahi. Aku sabar jer nengok HoD aku yang gila kuasa dan duit sampai periuk aku pun dia kebas.

Aku sering terharu dan sedih bila nengok wajah parent aku yang sentiasa memberi support. Aku nekad dan tanamkan dalam minda aku ni satu hari nanti aku nak buktikan aku boleh berjaya biar masa ni depa yang dengki khianat kat aku kutuk aku bertrak-trak. Aku anggap tu challenges untuk aku menempuh kejayaan hidup. Tanggal 13 Disember 2005 aku terima arahan dari IPK PBSMM KL untuk bertugas di luar negara (Pakistan) yang dilanda musibah gempa bumi. Dan masa tu aku ditemukan semula dengan pegawai yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat bernas serta cikgu aku sendiri kat PBSMM- Tuan Nasir Khan dari Gombak. Aku bertugas dengan dia bersama rakan PBSMM yang lain selama setahun kat Pakistan dengan pendapatan yang lumayan. Aku bersyukur pada Allah, dapat gak aku hantar duit besar kat family aku. Pada masa tu depa yang dulu pakat kutuk aku dan pandang rendah kat aku mula puji memuji sebab muka tak hensom aku keluar kat akhbar tempatan negeri aku dan aku pulak kerja kat luar negara. Bergaul dengan delegasi luar negara lagi.. Heboh dok sedara mara yang dulu hilang entah kemana serta depa yang mula mengaku kawan lama dan mengenaliku. Sebab apa? sebab susah nak dapat muka sendiri ditayang kat akhbar akalu bukan sebab tertentu seperti terlibat dengan jenayah, politik dan sbgnya dan lagi sebab aku ditawar untuk berkhidmat kat negara orang. Tapi aku tak kisah pasal tu sebab, GLAMOUR tak kemana pun. Kat dalam kubur malaikat tak tanya pun berapa pingat kau dapat? berapa anugerah kau terima? Berapa peminat kau ada? Soalan cepu Emas malaikat nanti "Ma rabbuka?" tak sebut pun siapa peminat dan pingat.... apa nak sibuk pasal populariti?

Waktu kat luar negar bermula dari Aceh kemudian Pakistan hinggalah ke Filipina aku ditugaskan, aku sentiasa ingat pesan Umi... Ikhlas dan Redha, Usaha Tangga Kejayaan, Jangan lupa diri dan sentiasa ingat pada Allah. Tuan Nasir juga banyak bagi tunjuk ajar dan bukan setakat pengetahuan tetapi juga pengalamannya yang turut dikongsi bersama. Sehinggakan bila tiap kali aku ke KL, dia sering ajak aku bermalam kat tempat dia dan pi beriadah bersama family dia. Aku anggap dia dah macam pakcik aku sendiri kerana budi baiknya dan perihatinnya pada sukarelawan seperti aku dan yang lain.

Pada masa tu ler aku mula dapat rasakan sedikit kemajuan dalam diri. Aku jadikannya sebagai platform untuk aku terus menimba pengalaman untuk terus berjaya dan berbakti pada keluarga, masyarakat dan negara. Bila tamat tempoh perkhidmatan kat luar negara serta tamat misi, aku kemudian balik semula kat hometown. Jujurnya aku ni jenis tak pilih kerja, asalkan halal dan tak bebankan family. Aku kemudian ditawar semula bekerja kat tempat lama aku iaitu syarikat x yang buat deal dengan Shell dan Petronas walau sebagai pemandu serta despatch. Aku tak rasa malu pun sebab janji aku tak buat ladang anggur kat belakang bilik aku. Sungguhpun demikian aku tetap cari chances pekerjaan yang lebih menjamin masa depan dan aku tak hirau kat mana. Kat luar negara ke dalam negara ke janji aku dapat bantu family dan future family aku nanti. Dan aku percaya, takde dalam kamus dan kitab pun Tuhan kata manusia tak dapat berjaya.

" Aku tidak akan merubah nasib seseorang hambaku melainkan hambaku berusaha merubahnya"

La ni, aku terus berkerja sambil menimba ilmu dan pegalaman berbekalkan azam untuk menjadi lebih baik. Tak kira la apa orang kata "Mat Despatch" ke hapa ke, janji aku ikhlas kerja, berani menempuh pengalaman serta risiko, bersedia untuk maju kedepan kerana tak semestinya "Despatch" akan terus men"despatch", mungkin satu masa nanti aku mempunyai "despatch" aku sendiri... dan ketika itu aku harap aku tak lupa diri dan mungkir janjiku pada parentku yang telah bersusah payah membesar dan mendidikku walau aku tak dapat menikmati nikmat 'topi bersegi' sepertimana mereka yang lebih beruntung, namun tak semestinya aku akan jadikan itu sebagai penghalang untukku terus memperbaiki kehidupanku.....

Well, kalau nak dikirakan dah berapa jenis kerja aku dah buat, adalah sikit dan dapat hitung dengan jari cikeding aku ni hah... dari kerja kat dapur hotel, despatch, backup system monitor, cikgu sandaran (lupa nak citer), coordinator, delegasi RDRT dan despatch balik. Lepas ni tak tau tengah dalam proses... agaknya tuan punya "despatch" kot? Pendek cerita merapu ni, aku nak gak bagi nasihAt kat mamat "setugas" macam aku ni... biar apa orang kata, janji hangpa jujur dan ikhlas serta carilah peluang untuk maju selagi ada. Jangan hampakan mak bapak hangpa. Berbakti ler kat depa berdua. Timba pengalaman serta ilmu untuk modal kejayaan kehidupan masa akan datang. Lantak ler kat depa yang pandang rendah kat hangpa tu... janji hangpa semua tak buat kerja tak elok. Satu masa nanti aku percaya, ada diantara hangpa sepua yang jadi 'taukeh' atau paling koman pun dapat kerja duduk dalam pejabat walaupun bukan pejabat kita asalkan tak mendespatch lagi. Tapi ingat... bila dah dapat kemewahan, jangan hina orang bawahan. Mungkin depa lebih bijak atau berpengalaman dari kita.

Hai apa punya spesis manusia ni

11:13 PM / Posted by WolfPack aka BlackPenguin / comments (0)

Well... lama dah tak menulis dalam blog. Takde citer baru but baru baru ni havoc citer baru kat office tempat aku dok jadi 'mat despatch'. Ada la satu kes lawak bodoh yang sorang minah tu buat pasal ada orang blackmail minah ni dengan hantar imej foto dia dalam keaadaan bogel dengan aksi panas secara solo. Yang buat tu pulak dengar citer ex 'balak' dia. Citer kata dia break dengan mamat 'balak' ni pasal dia tak nak convert agama ikut si mamat ni. Apa lagi mamat tu publish dok gambar awek dia ni kat semua email office tempat aku dengan cara create email baru guna nama minah lawak ni. Kes polis tu....

So terpulang ler pada orang lain nak anggap aku ni kaki sibuk ke atau hape... tapi niat aku baik.... aku pi jumpa minah lawak ni info kat dia dan harap dia dah buat laporan polis serta tindakan susulan... tak kira ler apa dia nak buat, tapi aku pulak yang kena maki. Kekadang aku tergelak la pulak... pasal apa... si minah ni tak pikiaq pasal imej syarikat.. walaupun bukan dia yang buat, tapi kan ke lawak buat aksi tak senonoh dalam gambar dengan niat supaya balak hanyut ni sayang kat dia.... Hati manusia ni beb seribu satu jenis perangai setan. sekarang ni dia dah malu... tak terpikiaq ke dia ni sebab kes dia break off dengan balak hanyut sekor ni boleh menyebabkan dia kena kick off dari syarikat.... dah la syarikat kitorang ni terkenal dan besar pulak, deal oil and gas lagi sampai keluar negara.... hai mangkuk sumbing betul....

Yelah, niat aku ni baik.... supaya dia tak kena tendang dan nak tolong dia clear nama dan jaga imej company walau aku ni sekadar orang bawah yang jadi selipar jepun diorang.... bak kata orang tua... orang bawah ke atas ke pun ada perikemanusiaan dan tak semestinya orang bawah macam aku ni tak reti nak jaga imej syarikat tempat aku kerja... kalau syarikat malu aku jugak yang terkena serpihannya... yelah, sebab aku kerja kat situ....

Pengajaran kat manusia yang tak bermoral tu... jangan percaya sangat kat balak atau awek kita selagi tak bergelar 'sah' secara rasmi (Marriage) sedangkan yang dah berumah tangga pun boleh haru biru. Kepercayaan ada tempatnya dan maruah tu kena la jaga. Apa apa boleh jadi... macam minah lawak ni... bukan setakat dia malu... semua malu.... imej syarikat tercalit najis angkara blackmail balak hanyut dia semata-mata nak balas dendam kerana kasih terbabas kat longkang. Sekarang ni... dah ler kes malu.... maruah pun entah kemana dah....

Si balak bangang ni pun mangkuk gak.... tak terfikir ke dia ni, perbuatan dia ni bukan setakat malukan orang, boleh didakwa lagi kat mahkamah dan diburu pihak polis pasal buat ugutan atau surat layang.... kalau bab send email gambar lucah dengan niat nak jatuhkan maruah orang leh kena sabit dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan Akta Jenayah Komputer 1997 [Akta 563]. Tak ke bangang tu... hmmm

Well... malas dah nak membebel pasal diorang ni.... lantak korang ler... berani buat berani tanggung... kalau kebodohan yang dicari... terimalah kehadirannya.... jangan nak salah menyalah orang lain.... sendiri ingat ler...

P/s Yang lain jangan ler ikut perangai bodoh spesis ni... letih mak bapak korang didik korang jadi orang berguna...hidup sempurna dan menjadi kebanggaan keluarga....

Salam dari kutub. Auf wiersehen