Tentu korang selalu terbaca tentang kumpulan paranormal yang mendakwa buat kajian tentang fenomena ini kan? Tapi betul ke atau hanya nak glamour? Cuba kita tengok kat akhbar atau buku-buku yang dijual kat pasaran.... mesti ada mengiklankan atau menulis pasal kumpulan 'paranormal atau para tak normal' ni. Siap mendakwa boleh mengubati pelbagai penyakit misteri dan ada juga yang publish imej rakaman 'hantu' tak tahulah samada tulen atau tak tapi tak semuanya benar. Hampeh yang banyak. Bukan nak mengata, tapi kebanyakannya begitu. Kalau dikaji dari pelbagai aspek dan sudut, adakalanyaya imej tu hanya kebetulan dan ada juga yang double exposure. Biasalah, sekarang ni software untuk buat imej gitu melambak kat market. Tapi apa untungya? Semestinya populariti kumpulan atau individu terlibat.
Paranormal study and research ni untuk kita belajar dan memahami sesuatu atau kejadian yang tak dapat dijelaskan dengan akal dan paperwork saja, tapi berdasarkan ilmu sains dan logik serta evids yang kukuh. Aku tak ler expert sangat dalam bidang ni, tapi banyak menimba ilmu dan pengalaman dari yang pakar dalam bab kajian ni. Apa yang nak aku katakan ialah, 60 % dari apa yang korang baca dan tengok kat artikel, majalah dan sebagainya, kebanyakannya mereka cedok dari cerita rekaan dan ada gak yang buat kesimpulan dari penemuan tanpa membuat kajian yang lebih mendalam. Ada jugak individu 'para tak normal' kat luar tu siap reka cerita dan hantar kat publisher dengan bunga-bunga cerita palsu yang direka khas untuk kesedapan pembaca. Bukankah itu merosakkan minda pembaca yang benar-benar ingin mengetahui tentang perkara sebenar? Contohnya gambar kat bawah ni yang didakwa imej jin atau makhluk halus yang didakwa diambil dalam gua dan tidak lama selepas itu si jurufoto dan rakannya yang lain ditimpa malang... karut semua ni.... Cerita dan gambar ni telah disiarkan dalam sebuah buku mengenai alam misteri oleh syarikat penerbitan tempatan
Nak nengok imej asal? Ni hah yang dihantar oleh salah sorang member kitorang dari luar negara yang minat gak dengan bebenda gini yang kebetulan menghadiri satu pameran hasil kerja J. R. R. Tolkien di Holland.
The actual statue on the cave's wall. Image of the statue later created many chain haoxes and stories over the internet, books and mags which claims to be real. Im sending this actual photo of the 'genie' for you guys to bust up the hoax. Cheers!
Submitted by AnG
Terkejut? Kitorang tak terkejut pun. Cerita tentang gambar ni melambak kat internet. Siap dengan pelbagai versi lagi.
Kepada 'parataknormal' kat luar tu... kalau nak cari glamour pun cari lah idea yang lain. Jangan jadikan bidang kajian sebegini untuk glamour yang tak kemana. Orang buat kajian untuk ilmu, bukan untuk nama. Kalau nak nak sangat nama tu senang jer. Pi kat sticker shop hah print seberapa banyak yang suka dan tampal kat depan rumah korang sendiri.
Perkara beginilah yang menyebabkan kumpulan atau individu yang benar-benar mengkaji menjadi bahan gurauan oleh masyarakat. Kenapa? sebab imej bidang yang dikaji dah dicalit dengan najis mereka yang tak bertanggungjawab. So kepada mereka yang terasa tu, sedarlah sikit. Kalau korang tak nak tahu, janganlah rosakkan orang lain.
Petikan artikel tentang salah satu penipuan untuk glamour-
MINGGUAN MISTERI BIL 133 - 15 DISEMBER 2005 KUALA LUMPUR:
MUNGKIN RAMAI YANG TERTANYA-TANYA TENTANG ENTITI-ENTITI YANG BERJAYA DIRAKAM OLEH KUMPULAN ENTITI BUKTI YANG DIANGGOTAI OLEH LANDO,ASWAD,CHE IN,AF DAN YASIR SAMA ADA BENAR ATAU PUN PALSU. BIARPUN VCD ENTITI BUKTI DAN SEBUAH BUKU YANG BERJUDUL ENTITI BUKTI TELAH DITERBIITKAN LEBIH KURANG SETAHUN YANG LALU,PENIPUAN YANG TERDAPAT DIDALAM VCD TERSEBUT JUGA TELAH TERBUKU SELAMA TEMPOH TERSEBUT JUGA DIMANA SENTIASA MENJADI TANDA TANYA PENONTON VCD TERSEBUT. BARU-BARU INI,BEBERAPA ANGGOTA KUMPULAN TERSEBUT TAMPIL MEMBUAT PENGAKUAN BAHAWA BEBERAPA BABAK DIDALAM VCD TERSEBUT ADALAH PALSU DAN REKAAN SEMATA-MATA. ANTARA ANGGOTA KUMPULAN TERSEBUT YANG BERANI MEMBUAT PENGAKUAN ADALAH CHE IN,AF, DAN YASSIR YANG KINI TIDAK LAGI AKTIF DENGAN KUMPULAN PENYIASATAN TERSEBUT. MENURUT YASSIR,MEREKA MEMBUAT PEMBONGKARAN INI ADALAH KERANA TIDAK MAHU LAGI BERGELUMANG DENGAN PENIPUAN YANG SELAMA INI MEREKA PENDAM HAMPIR SETAHUN. KATANYA,DIA MENGETAHUI BEBERAPA BABAK-BABAK DIDALAM VCD TERSEBUT ADALAH PALSU KERANA DIA SENDIRI ADALAH SAKSI MELIHAT PENIPUAN ITU BERLAKU DIHADAPAN MATANYA SENDIRI. CERITANYA,BABAK DIDALAM HOTEL,DIMANA TERDAPAT KESAN TOMPOKAN DARAH PADA SELIMUT HOTEL,BUKANLAH DARAH HANTU YANG DIMAKSUDKAN,SEBALIKNYA IA ADALAH DARAH AYAM YANG DIBELI SEBELUM KELOKASI. “DARAH TU KAMI BELI SIKIT SAJA.TAPI BILA SAMPAI DILOKASI,DARAH TU DAH BEKU DAN KAMI TERPAKSA CAMPURKAN DENGAN SEDIKIT AIR UNTUK MENCAIRKANNYA. “TIBANYA DILOKASI,KAMI SEMPAT MENGAMBIL BEBERAPA ‘SHOT’ UNTUK MEMASTIKAN WUJUDNYA ENTITI DIBILIK HOTEL BERKENAAN KERANA BILIK ITU DIPERCAYAI PERNAH MENGGANGGU RAKAN KAMI YANG MENGINAP DISITU. “SAYA DAN LANDO SAHAJA YANG KELOKASI PADA HARI ITU.TIBA-TIBA LANDO TERFIKIR UNTUK BUAT SENDIRI.DENGAN MENGIKAT TALI TANGSI ( TALI PANCING ) PADA SELIMUT DAN BANTAL,LANDO BERJAYA MENGHASILKAN PEGERAKAN SELIMUT DAN BANTAL SEPERTI MANA YANG DILIHAT DALAM VCD TU. “LEPAS TU DIA SURUH SAYA TIUP DARAH TU DENGAN MENGGUNAKAN GETAH TAPI SAYA TAK NAK SEBAB GELI.JADI LANDO BUAT SENDIRI. “SAYA ADA NASIHAT LANDO SUPAYA JANGAN BUAT MACAM NI,TAPI SEBAB LANDO NAK CEPAT SIAPKAN VCD TU,DIA KATA DARI KITA BUANG DUIT,SEWA HOTEL NI,BAIK KITA BUAT SENDIRI.DARI SITULAH BERLAKUNYA PENIPUAN.UJAR YASSIR”TAMBAHNYA LAGI,SELAIN DI HOTEL,ADA BEBERAPA LAGI KEJADIAN ANEH DIDALAM VCD TERSEBUT DIKATAKAN PALSU IAITU RANTAI YANG DITARIK DAN CAKARAN HANTU. “SAYA MEMBONGKAR PENIPUAN INI BUKAN KERANA WANG RINGGIT ATAU DISOGOK OLEH PIHAK LAIN ATAU BERGADUH DENGAN SESIAPA,TETAPI BAGI SAYA,CUKUPLAH SETAKAT INI.SAYA TIDAK MAHU LAGI MENANGGUNG DOSA DENGAN MENIPU MASYARAKAT MALAYSIA YANG HAMPIR SETAHUN LIMA BULAN KAMI MENYIMPAN RAHSIA INI,” KATA CHE IN. “DALAM VCD TU BUKAN SEMUANYA TIPU,HANYA BEBERAPA BABAK SAJA YANG DIKATAKAN TIPU.JADI KAMI SELAKU KUMPULAN ENTITI BUKTI MEMOHON MAAF PADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG TELAH MENONTON VCD DAN MEMBACA BUKU ENTITI BUKTI YANG TELAH KAMI TERBITKAN SETAHUN YANG LALU.”SEBENARNYA,KAMI JUGA TIDAK MENGETAHUI BAHAWA LANDO TELAH MENIPU KAMI.SEBAB KAMI BERGERAK BUKAN SECARA BERKUMPULAN.KADANG-KADANG,SAYA BERDUA SAHAJA DAN KADANG-KADANG BERTIGA.JADI PENIPUAN YANG BERLAKU KAMI TIDAK KETAHUI TERMASUK UNCLE SENDIRI ( KETUA KUMPULAN SEEKERS) “TERANG AF. ‘KALAU NAK DIIKUTKAN,UNCLE TIDAK BERSALAH,TAPI BILA FIKIR BALIK,RASA MACAM BERSALAH.KERANA VCD TERSEBUT,RAMAI YANG TAKUT NAK TIDUR DI HOTEL SEBAB TENGOKDARAH YANG MEREKA BUKTIKAN.SEBENARNYA UNCLE TIADA KAITAN DENGAN KUMPULAN TERSEBUT,CUMA DENGAN SEEKERS SAHAJA UNCLE TURUN PADANG.DALAM BUKU ENTITI BUKTI JUGA UNCLE HANYA PENTERJEMAH ALQURAN,TIDAK LEBIH DARI ITU.”DAN LANDO TELAH MAKLUMKAN DALAM BUKU TERBARUNYA ENTITI EKSKLUSIF BAHAWA SAYA HANYALAH SEBAGAI PEMASAR PASARAN DAN PENGURUSAN,” TERANG UNCLE.
PEDOMAN: ALLAH TIDAK MENYUKAI UCAPAN BURUK (YANG DIUCAPKAN) DENGAN TERUS TERANG KECUALI ORANG-ORANG YANG DIANIAYA.ALLAH ADALAH MAHA MENDENGARLAGI MAHA MENGETAHUI(SURAH ANNISA:148)
Komen aku- Aku dengan kajianku, korang dengan lawak bodoh korang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment