baru je bukak news page from Hommie..... mengapalah orang kite ni makin hilang identiti dan juga etika sebagai seorang Melayu? Dimana letaknya keperibadian dan akhlak yang luhur sebagaimana dibanggakan oleh kite yang mengaku 'MELAYU'? BUANG ANAK,DERA ANAK, LUMBA HARAM, HUBUNGAN HARAM, RAGUT, JUDI, ARAK dan memacam lagi..... Tapi yang peliknya bla orang kutuk bangsa Melayu, mula nak angin dan bengang, mula belasah orang, mule nak buat tunjuk perasaan....
Bukan hanya berlaku pada orang awam tapi sampai ke pentadbiran tinggi.... pemimpin-pemimpin melayu bercakaran, kutuk mengutuk, pancung-memancung sesama sendiri.... Dimana perginya etika kita sebagai bangsa Melayu yang dulunya bukan terkenal tetapi MEMANG TERKENAL DAN DIRUJUK sebagai bangsa yang penuh dengan tatasusila dan nilai peribadi yang tinggi.... tapi sekarang apa dah jadi?
Tengok sekeliling.... cube hayati dengan minda terbuka.... Dadah... siapa paling banyak menjadi penagih benda bodoh tu? Melayu...Buang anak macam sampah? Melayu.... Ragut dan Samun....Melayu....terliba
Itu sebabnya aku makin sedih dan menangis bila tengok orang Melayu kite makin tersungkur.... Pemimpin silam berjuang nak jadikan Melayu maju... maju bukan sahaja dari pelajaran dan ilmu tapi juga agama dan akhlak...Bayangkan kalau tok nenek pejuang kite dahulu masih hidup dan tengok apa yang telah berlaku pada anak cucu keturunanya... maunya mereka sula atau tikam kite ni sampai mati daripada terus memalukan bangsa sendiri....
Tapi ini hanya sebahagian daripada pendapat peribadi... aku bukan mengutuk atau buat isu sensitif tapi aku dah terlalu sedih malah terlampau geram dengan perangai bangsa sendiri yang makin hilang harga diri....Aku berani cakap camni sebab aku pon MELAYU gak dan aku bangga jadi melayu walau my mom is a chinese but im proud to be what i am...berdarah keturunan Melayu...
Jangan jadikan bangsa kite macam tak bertamadun......Jangan jadikan nama MELAYU hanya sebagai salah satu nama bangsa yang dah pupus dan hanya tinggal sebagai tulisan dalam hikayat...Ingatlah.... Tsunami pernah 'menyerang' kite..... jangan pula sampai malapetaka yang lagi dahsyat hempap bangsa dan negara kite pula....Renungkanlah wahai bangsaku....
Nukilan Ikhlas dariku...
Eyzan R Iskandar